WEEK 7 : PENUAIAN HASIL

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menjalankan aktiviti menanam dan menjaga tanaman sayuran kami, akhirnya sayuran kami telah matang dan boleh dituai.


Sayuran yang telah matang dan boleh dituai πŸ˜™πŸ˜™


Sewaktu aktiviti penuaian dijalankan, beberapa prosedur yang harus kami jalankan terlebih dahulu sebelum dipasarkan untuk dijual. Antara prosedur yang telah kami lakukan secara bekerjasama ialah:

1. Mencabut sayuran matang daripada batas;

2. Pembersihan;
- Membersihkan bahagian akar sayuran daripada tanah.


3. Pengredan;
- Menentukan gred sayuran berdasarkan saiz sayuran;


4. Pembungkusan;
- Sayuran yang telah ditimbang 200gm akan dibungkus dan diletakkan pelekat penjenamaan sebelum dijual kepada pelanggan.




Pembahagian tugas yang baik telah mempercepatkan aktiviti penuaian hasil dan aktiviti penjualan hasil. Kami berasa bangga dan amat gembira kerana dapat menjual hasil titik peluh kami selama beberapa minggu dengan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

KAJIAN FOTOSINTESIS

MINGGU 5

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI