PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI
Assalamualaikum and Hello Everyone!!!
Kaedah pembiakan ini juga boleh diguna pakai bagi tanaman seperti bawang, bunga Tulip serta pokok bunga Begonia.
Aktiviti yang telah dijalankan sewaktu kelas SPPL 1212 - Pembiakan & Pengurusan Tanaman pada minggu ke 7 (25/10/2018) ialah amali bagi pembiakan vegetatif (bebawang/bulbs) serta pembiakan tanaman secara cantuman baji.
Seperti sedia maklum, terdapat dua jenis pembiakan bagi tanaman iaitu pembiakan secara seksual serta pembiakan secara aseksual. Pembiakan secara seksual ialah pembiakan yang melibatkan gamet jantan serta gamet betina, manakala pembiakan aseksual ialah pembiakan yang tidak melibatkan gamet jantan serta gamet betina. Pembiakan secara aseksual atau juga dikenali sebagai pembiakan tampang/vegetatif, melibatkan kaedah pembiakan semulajadi (kaedah batang rayap/stolon, sulur, umbisi, bebawang, ruas/rizom, tuber dan rumpun) dan kaedah pembiakan secara buatan (keratan, cantuman dan lenturan/mengetut).
AMALI 1: PEMBIAKAN KAEDAH BEBAWANG/BULBS (POKOK BAKUNG/SPIDER LILY - Hymenocallis sp.)
Pokok bunga bakung (spider lily)
Langkah 1:
Dapatkan beberapa biji bawang pokok bunga bakung.
Langkah 2:
Potong batang tanaman yang terdapat di atas bebawang serta rapikan akar pada bebawang tersebut menggunakan pisau.
Langkah 3:
Belahkan bebawang tersebut kepada dua bahagian.
Langkah 4:
Isikan tanah/peatmoss di dalam bekas tanaman. Tanamkan separuh bebawang pokok bakung ke dalam medium tanaman tersebut.
Langkah 5:
Siramkan tanaman dengan air serta letakkan bekas tanaman di tempat yang terkena pancaran cahaya matahari.
Kaedah pembiakan ini juga boleh diguna pakai bagi tanaman seperti bawang, bunga Tulip serta pokok bunga Begonia.
Seterusnya, ialah amali pembiakan tanaman secara cantuman baji. Cantuman baji ialah salah satu kaedah dalam proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh - tumbuhan yang sesuai dibiakkan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti. Cantuman baji kebiasaannya digunakan dengan tujuan untuk menghasilkan pelbagai variasi warna pada pokok bunga.
Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh daripada proses tersebut dan boleh diperoleh melalui pembacaan di web: http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/cantuman.html.
Mari kita tinjau langkah - langkah dalam membuat cantuman baji.
AMALI 2: PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI CANTUMAN BAJI
Peralatan:
1. Pisau
2. Parafilm
3. Plastik aiskrim/jernih
4. Tali
Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh daripada proses tersebut dan boleh diperoleh melalui pembacaan di web: http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/cantuman.html.
Mari kita tinjau langkah - langkah dalam membuat cantuman baji.
AMALI 2: PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI CANTUMAN BAJI
Peralatan:
1. Pisau
Kaedah cantuman baji.
1. Pilih ranting atau dahan yang masih muda (mengelakkan ranting cepat kering) serta mempunyai diameter yang hampir sama daripada pokok mendatang/Scion untuk dicantumkan pada pokok asal/penanti.
2. Potong atau trim hujung ranting dan bersihkan daun di sekeliling ranting bagi mengelakkan kadar transpirasi yang tinggi.
3. Belah di tengah - tengah ranting pokok penanti sedalam 2 cm menggunakan pisau.
4. Pangkal tunas scion yang hendak dicantum perlu dipotong secara menyerong tajam seperti baji.
5. Masukkan tunas scion pada belahan pokok penanti. Kemudian balut menggunakan pita parafilm bagi mengukuhkan cantuman tersebut.
6. Setelah selesai melilit cantuman tersebut, sungkupkan keseluruhan cantuman menggunakan plastik aiskrim/lutsinar bagi mengelakkan dehidrasi (pucuk kering dengan cepat). Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan menggunakan tali.
** Hasil cantuman dapat dilihat berhasil setelah seminggu dan daun yang tinggal masih hijau.
Comments
Post a Comment