KAJIAN FOTOSINTESIS



Assalamualaikum and hai semua 👐

So entri pada kali ini kita akan cerita sikit tentang fotosintesis, walaupun rata-ratanya korang semua mesti dah tahu kan. Tapi why not kita kenang kisah yang lalu? Cehhh.. 😆

Okey so in case ada yang nak tahu, atau ada yang terlupa..


Image result for proses fotosintesis

Gambar di atas menunjukkan proses fotosintesis secara ringkas. Air diperoleh dari dalam tanah. Akar tumbuhan memiliki rambut-rambut akar yang mampu menyerap air di sekitarnya. Air tersebut kemudian dibawa ke seluruh tubuh oleh pembuluh xylem. Tenaga matahari pula bertindak sebagai sumber tenaga yang akan diserap oleh klorofil. Karbon dioksida diperoleh melalui udara dan diserap melalui stomata. Kemudian, oksigen dibebaskan ke udara dan akan digunakan oleh manusia dan juga haiwan. 

Senang je kan nak faham yayy! 👏 Okay so sekarang proceed dengan amali kami pada minggu ini. Amali pada kali ini berkaitan dengan fotosintesis, tapi kita cuma nak test kehadiran kanji sahaja. Selamat membaca ye kawan-kawan 💔

KAJIAN FOTOSINTESIS


i. Tujuan :
            Menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan / dedaun hijau.


ii. Radas dan bahan :

Daun pokok berwarna hijau
- Digunakan sebagai bahan uji kaji.


Alkohol
- Digunakan untuk menyingkirkan klorofil daun.


Iodin
- Bahan penguji kehadiran kanji dalam daun.


Air mendidih
- Melayukan dan melembutkan daun.




Piring petri
- Sebagai bekas atau alas tempat meletakkan bahan uji kaji.
Image result for petri dish

Penitis
- Menitiskan cecair iodin ke atas bahan uji kaji (daun).


Bikar 500 ml
- Bekas untuk meletakkan cecair alkohol.


Bekas air mendidih
- Memasak dan menyediakan air panas yang mendidih untuk melayukan daun.


Forsep
- Menyepit atau menggenggam bahan uji kaji.


Tabung uji
- Bekas untuk meletakkan daun di dalam cecair alkohol.


Termometer digital
- Alat pengukur digital suhu air yang dipanaskan.




iii. Kaedah :

Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam, dan dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil untuk memudahkan proses memasukkannya ke dalam tabung uji.


Didihkan air di dalam bekas pendidih, dan pastikan suhu air sehingga takat didih, iaitu 100°C.



Daun diletakkan di dalam bekas air mendidih selama 1 minit untuk membunuh sel dan melembutkan daun tersebut.
 

Sedikit alkohol dituangkan ke dalam tabung uji.


Daun yang telah direbus selama 1 minit dimasukkan ke dalam tabung uji yang berisi alkohol.


Masukkan tabung uji tersebut selama 5 minit ke dalam air mendidih.


Daun dialih keluar daripada alkohol selepas kira-kira 5 minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.


Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 1 minit untuk melembutkannya semula.


Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.


Lihat perubahan yang berlaku pada warna daun tersebut. Catatkan keputusan dan pemerhatian yang diperolehi.



                                iv.            Pemerhatian :

                                                         ·            Warna asal iodin                                 : Kuning
                                                         ·            Warna daun sebelum uji kaji               : Hijau
                                                         ·            Warna daun setelah diletakkan iodin  : Biru gelap / Biru kehitaman



                              v.            Analisis :

                                                         ·            Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api.
-       Larutan alkohol adalah satu bahan yang mudah terbakar, dan sekiranya ia dipanaskan terus kepada api, kemungkinan akan berlaku ledakan yang mengakibatkan kebakaran.

                                                         ·            Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan.
-  Fotosintesis penting untuk tumbuhan menghasilkan makanan dan menjamin proses tumbesarannya.

                                                         ·            Apakah tujuan merebus daun.
-     Merebus daun adalah bertujuan untuk melembutkan lagi struktur daun tersebut, dan mematikan sel-sel di dalam daun tersebut untuk menjalankan proses uji kaji.

                                                         ·            Apakah tujuan mendidihkan daun dalam alkohol.
-  Daun dididihkan di dalam larutan alkohol bertujuan untuk menyingkirkan klorofil di dalam daun tersebut.

                                                         ·            Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
-          Cahaya matahari
-          Klorofil
-          Air
-          Karbon dioksida

                                                         ·            Tuliskan persamaan fotosintesis.
6CO₂    +   6H₂O     →      C₆H₁₂O₆     +     6O₂

                                                         ·            Apakah klorofil. Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan.
-   Klorofil atau zat hijau merupakan pigmen fotosintesis yang boleh dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis.



💓Alam ini dikurniakan dengan hasil bumi yang tidak terhitung nilai dan manfaatnya. Kekayaan sumber alam yang terdiri daripada pelbagai sumber tumbuhan semulajadi ini dapat dimanfaatkan oleh manusia sebagai penawar bagi merawat masalah kesihatan, membersih dan menyejukkan udara, melindungi manusia dari sinaran matahari, sumber bahan untuk pembinaan bangunan, dan juga sumber bahan pakaian. Tidak terhitung nilai tumbuhan kepada manusia, walaupun masih ramai yang tidak menyedari tentang kepentingan memelihara tumbuhan pada masa kini💓



See you again guys! Bye 🍄 

Comments

  1. Assalamualaikum , nak tanya
    Kenapa dia boleh jadi warna biru tua?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU 5

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI