MINGGU 5

Hai semuaaaaaaa ☺️☺️☺️

Pada minggu ini, kita akan mempelajari dengan lebih jelas tentang percambahan biji benih. Kita akan mengetahui apa yang biji benih perlukan untuk biji benih bercambah dan seterusnya menjadi pokok yang besar. Yeayyy!!!


Kalau semua pandai kan, gambar di atas tu gambar apa? Hahaha. Okay, gambar tersebut ialah kacang merah. Yang selalu kita makan dalam ABC tu 😁 Eksperimen yang dah dijalankan untuk mengetahui keperluan untuk biji benih bercambah adalah dengan menggunakan biji benih kacang merah. Sebelum masuk bab-bab eksperimen ini, mari kita belajar dulu tentang biji benih. 

Tahukah anda yang biji benih ini berasal daripada ovul yang disenyawakan? Di dalam biji benih ini terdapat embrio yang akan berkembang dan mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang. Jom kita tengok bahagian-bahagian yang ada dalam biji benih. 


Sekarang semua dah tahu kan bahgaian biji benih? So, jom kita tengok eksperimen yang dijalankan.


EKSPERIMEN PERTAMA 

Untuk eksperimen pertama, 8 bekas telah dimasukkan biji benih kacang merah. Satu bekas dimasukkan 10 biji benih kacang merah. Setiap bekas tu dilabelkan SET A (A1, B1, C2, D1,) dan SET 2 (A2, B2, C2, D2).  Macam kat bawah ni. 


Di bawah ni ialah perkara yang harus kita lakukan ke atas biji benih yang kita dah sediakan tadi.

Set pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletakkan di meja tanpa dilembapkan.
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa.
Oksigen
C1
Dilembapkan dengan air yang dididihkan dan dibiarkan sejuk seketika. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

Set kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan.
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan.
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja.
Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan.


Kesemua biji benih ini akan dibiarkan untuk bercambah selama seminggu dan disiram setiap hari kecuali biji benih yang ditempatkan di dalam peti sejuk dan B2. So, selama seminggu ni kita kenalah pantau biji benih kita. Barulah kita akan tahu apa yang biji benih perlukan 😀

Selepas seminggu inilah keputusan yang kami dapati. 

Keputusan
Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
4
A2
9
B1
1
B2
0
C1
0
C2
6
D1
0
D2
1

Dapat kita lihat B2, C1 dan D1 tiada langsung biji benih yang bercambah. Ini kerana, untuk set B2 tidak disiram langsung selepas disiram pada permulaan. Selain itu, C1 juga tidak bercambah kerana ianya disiram dengan air didih yang tekah disejukkan. Haaaa kenapa tak bercambah sedangkan disiram? Air yang telah dididihkan tidak mengandungi oksigen. Biji benih memerlukan oksigen untuk nercambah. Dan akhir sekali D1, ianya juga tidak bercambah. Ye lah, dah letak dalam peti sejuk. Macam mana nak bercambah kan? Hahahaha 😐 Suhunya tidak sesuai untuk biji benih bercambah. Gitchewwww.


EKSPERIMEN KEDUA 

Bagi eksperimen kedua pula, lebih kurang sahaja dengan eksperimen pertama. Tapi kali ini kita gunakan tabung uji dengan 3 biji benih kacang nerah. Setiap tabung uji tu diletakkan kapas dan barulah diletakkan biji benih. So total yang disediakan 5 tabung uji yang dilabelkan A, B, C, D dan E. Macam kat bawah ni. 


Berikut ialah rawatan yang diberikan.

Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan tiga biji benih. Diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas kering dan tiga biji benih. Diletakkan di atas meja.
Udara
C
Kapas basah (guna air didih yang disejukkan) dan tiga biji benih. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Kapas basah dan tiga biji benih. Diletakkan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Kapas basah dan tiga biji benih. Diletakkan di tempat gelap.

Keputusan
Tabung uji
Kehadiran

Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu
A
/
/
/
/
Bercambah
B

/
/
/
Bercambah
C
/
/

/
Tidak bercambah
D
/
/
/

Tidak bercambah
E
/

/
/
Bercambah

Ini ialah keputusan yang diliat selepas seminggu. Dapat kita lihat C dan D tidak bercambah. Ini kerana biji benih memerlukan udara dan suhu yang sesuai untuk bercambah. Pada asalnya, B pun tidak boleh bercambah tapi kami punya bercambah pula HAHAHAHA. Ni sebabnya dah tersiram lebih waktu mula-mula. So banyaklah air biji benih tu dapat. Okay kita tengok yang E. Bercambah juga kan even tiada cahaya. Macam mana boleh jadi macam tu hmmmmmm? Biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah pada permulaan. Bila dan bercambah dan nak membesar menajdi pokok, barulah perlukan cahaya. Faham? 


EKSPERIMEN KETIGA


Last experiment yeayyyyy!!! Ni lain sikit. Sebab kita akan tengok percambahan epigeal dan hipogeal di mana kita akan gunakan biji benih kacang merah dan biji benih jagung. Haaa mesti tertanya-tanya kan apa itu epigeal dan hipogeal. Kami pun mula mula blurr macam tu. Hahahahaha 😃😃 Okay tengok bawah ni, penjelasan ringkas tentang epigeal dengan hipogeal.



Epigeal
Hipogeal
Biji benih bercambah dengan keadaan kotiledon di atas tanah.
Biji benih becambah dengan kotiledon di bawah tanah.
Bahagian batang hipokotil akan tumbuh terlebih dahulu berbanding batang epikotil.
Bahagian batang epikotil akan tumbuh terlebih dahulu berbanding batang hipokotil.

Get it semua? Okay so ayuhlah prepare biji benih kacang merah dan biji benih jagung. Dalam dua bekas letakkan peat moss sebanyak 60g dan dua biji benih macam kat bawah ni. 


Dah prepare macam tu, kita siram. Pantau selama seminggu. Sambil pantau tu jangan lupa siram. Tak siram tak tumbuh laaa uiiii pokoknya. 

Keputusan:
Hari
Kacang Tanah
Jagung
Panjang radikal (mm)
Panjang plumul
(mm)
Panjang radikal (mm)
Panjang plumul (mm)
1
20
50
10
6
2
20
50
10
6
3
20
50
10
6
4
20
50
10
6
5
20
50
10
6
6
20
50
10
6


Ni ialah result biji benih kacang merah selepas seminggu. Melingkar macam tu cari cahaya tak jumpa hahahahaha.

Kesimpulannya:

  • Biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai untuk tujuan percambahan. Cahaya tidak diperlukan bagi tujuan percambahan pada peringkat awal.
  • Biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai untuk tujuan percambahan. Cahaya tidak diperlukan bagi tujuan percambahan pada peringkat awal. Ini dapat dilihat apabila biji benih dalam tabung uji E bercambah walau tiada cahaya yang diberikan. Biji benih dalam tabung uji B bercambah walau tidak disiram kerana kuantiti air yang disiram pada permulaan terlalu banyak sehinggakan biji benih boleh bercambah.
  • Biji benih bercambah melalui dua cara iaitu epigeal dan hipogeal. Percambahan epigeal biasanya terjadi ke atas tumbuhan dikotiledon dan percambahan hipogeal berlaku ke atas tumbuhan monokotiledon. Bagi percambahan epigeal, biji benih bercambah dengan keadaan kotiledon di atas tanah dan bahagian batang hipokotil akan tumbuh terlebih dahulu berbanding batang epikotil. Hipogeal pula, biji benih becambah dengan kotiledon di bawah tanah dan bahagian batang epikotil akan tumbuh terlebih dahulu berbanding batang hipokotil.
Last sekali, sedikit info tambahan. 

Cara Mengatasi Kedormanan
Kedormanan ialah keadaan biji benih tidak bercambah. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat. Kedormanan biasanya akan wujud atau terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah kulit biji benih terlalu kerasa dan tebal, embrio belum cukup membesar dan ianya merupakan mekanisma kawalan dalam biji benih. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi kedormanan iaitu dengan mengikis kulit luar. Kikisan ini boleh dilakukan dengan menggunakan kertas pasir dan dikikis secara lembut. Ini adalah untuk menipiskan kulit biji benih tersebut bagi tujuan percambahan. Selain itu, biji benih juga boleh direndam di dalam air. Ini akan dapat melarutkan kimia perencat yang menyebabkan kedormanan. Kaedah ini menggunakan air panas pada suhu 77 – 100 Farenheit dalam beberapa minit, air biasa dalam anggaran 1 – 2 jam atau merendam dalam asid bagi kulit biji benih yang terlalu tebal.

Okay itu sahaja, semoga bertemu lagi di next post yaaaaaa ❤️💜

Comments

Popular posts from this blog

KAJIAN FOTOSINTESIS

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI