SI CANTIK MANIS

Assalamualaikum. Before anything else, nak kenalkan empunya blog ini dahulu. Blog ini akan dikendalikan oleh empat orang Si Cantik Manis iaitu partner pertama ialah Nuraliyyah Ainah Sajani dan Nur Insyirah Ishak. Manakala partner kedua ialah Nurul Adibah Arbain dan Nurul Afiqah Kamarudin. 


So untuk minggu pertama ini, kami telah diberikan tugasan untuk subjek ini di mana setiap partner telah diberikan satu lot tanah berukuran 5kaki persegi  x 10kaki persegi. Ini adalah untuk kami menanam satur-sayuran. Dalam minggu ini kami telah ditugaskan untuk menyiapkan batas di lot tanah masing-masing. 


Sebelum memulakan aktiviti pembuatan batas, ukuran tanah terlebih dahulu haruslah dibuat. Kami harus memastikan lot tanah kami adalah tepat. Ye lah, nanti masuk tanah orang lain bergaduh pula kan. Hahahaha. Kan susah. So sebelum terjadi pergaduhan sebelum ini. ukurlah tanah.
 
  

Lepas dah ukur tanah barulah kami memulakan aktiviti penggemburan tanah. Bagi memudahkan kami untuk menyediakan batas, kami telah diberi peluang untuk menggunakan mesin penggembur tanah. Mesin ini membantu dalam proses penggemburan tanah seterusnya memudahkan kami untuk menyiapkan batas dalam masa yang lebih singkat.

  




Sambil-sambil menggembur tanah itu, jika ternampak batu atau rumput haruslah diasingkan. Ini adalah untuk memudahkan proses penanaman sayuran kelak. Kalau tidak nanti rumput tumbuh seiring dengan tanaman sayuran pula. Berebut cahaya matahari dan sebagainya. Disekeliling lot tanah kami, terdapat kayu yang dijadikan penghadang setiap lot tanah. Papan penghadang ini memudahkan kami untuk mengenali tanah masing-masing.


Papan penghadang tersebut haruslah dibersihkan dan dipaku semula jika tertanggal. Kalau tak betulkan kayu itu nanti orang curi pula haaa bergaduh lagi. Hahahaha. Isu tanah ni bukan  main-main. Lepas dah bersihkan kayu itu, kena cat pula so that kayu tu tahan lebih lama eventhough hujan ke panas ke ribut petir ke.

 


Okay, itu sahaja untuk minggu ini. Jumpa di next post ya 💙💛❤️



Comments

Popular posts from this blog

KAJIAN FOTOSINTESIS

MINGGU 5

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI