MINGGU KEDUA 2

Assalamualaikum...Holla...πŸ‘‹

Pada minggu kedua ini (16/9 - 22/9/2018) kami telah ditugaskan untuk membaja tanah yang telah kami gembur pada minggu lepas serta menyemai biji benih sayuran yang dibekalkan. 

Antara kepentingan atau tujuan meletakkan baja pada tanah sebelum menanam sebarang tanaman adalah untuk membekalkan nutrien yang cukup buat tanaman agar tanaman dapat membesar dengan cepat dan mengeluarkan hasil yang banyak. Baja yang kami gunakan dalam membaja kami ialah baja organik mas hitam E.M. Baja organik mas hitam E.M. sangat sesuai bagi tanaman kontan hinggalah tanaman bermusim. Ianya juga menggunakan bahan tanpa kimia serta tidak berbau busuk.

Baja yang digunakan untuk membaja tanah sebelum proses menyemai biji benih dilakukan.

Antara nutrien penting yang terkandung dalam baja tersebut ialah nutrien nitrogen (N), fosforus (P) dan juga kalium (K). Setiap nutrien tersebut memainkan peranan yang berlainan bagi setiap aspek perkembangan tanaman.

Nutrien
Fungsi & kepentingan
Kesan kekurangan
Nitrogen (N)
  •           Memberikan “warna hijau” kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.
  •           Membantu dalam pembentukan asid amino (protein) dan enzim dalam sel tumbuhan.


  •         Daun menjadi pucat, kuning dan gugur.
  •         Kadar pertumbuhan pokok yang lambat.
  •           Sekiranya kandungan nitrogen terlampau tinggi, kesan terbakar kelihatan dan pokok tidak mengeluarkan hasil.


Kalium (K)
  •            Digunakan untuk pembungaan dan penghasilan buah.
  •            Meningkatkan tahap sistem pertahanan tanaman.


  •           Daun berwarna kuning, layu dan mati.
  •           Proses sintesis protein terjejas.
  •           Pertumbuhan terbantut.

Fosforus (P)
  •           Meransang pertumbuhan akar dan bunga.
  •        Meningkatkan sistem pertahanan pokok.


  •          Daun akan berwarna hijau tua.
  •          Akar pokok terbantut dan kelihatan kecil.
  •            Buah lambat matang dan kecil.



 

Setiap batas tanaman perlu dibaja dengan dua pot baja yang telah disediakan terlebih dahulu bagi menyediakan medium tanaman yang subur sebelum menyemai biji benih sayuran. Setelah selesai menaburkan dua pot baja ke atas tanah, baja tersebut perlu diratakan ke setiap bahagian tanah.

Proses meratakan baja.

Setelah selesai kerja - kerja meratakan baja, tanah perlu ditambah bagi menutup kembali bahagian lapisan baja.

Proses menutup lapisan baja dengan menambah tanah pada batas.

Kemudian, tanah baharu yang telah diletakkan pada batas, perlu diratakan. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan air daripada bertakung dan menyebabkan tanaman lemas.

Proses meratakan tanah .


Apabila keadaan dan permukaan tanah sudah rata, proses menyemai biji benih boleh dilakukan mengikut alur yang telah dibuat.


Proses menyemai biji benih tanaman.

Selesai sahaja proses menyemai biji benih, satu sungkupan menggunakan jaring plastik berwarna hitam dibuat di atas batas. Tujuan memasang sungkupan tersebut adalah untuk melindungi tanaman dari terkena sinaran matahari yang terik secara langsung/terus serta mengelakkan tanaman baharu daripada kadar hujan/air yang tinggi.


 Memasang sungkupan bagi melindungi biji benih yang baru disemai.

Tugas seterusnya setelah selesai proses tersebut, batas perlu disiram setiap hari bagi memastikan tanaman mendapat kadar air yang mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan tanaman.


Batas disiram setiap hari secara bergilir-gilir sesama ahli kumpulan.


Begitulah al-kisah kami di ladang pada minggu kedua. Kami semua berharap agar biji benih yang kami semai dapat bercambah dengan sihatπŸ’“πŸŒ±. Sampai di sini sahaja entry kali ni...

See u next week πŸ˜‰

Comments

Popular posts from this blog

KAJIAN FOTOSINTESIS

MINGGU 5

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI