ExPeRiMeNt WEEK
Assalamualaikum.. Konichiwa...
Tugasan kami untuk minggu ketiga bagi subjek SPPL 1212 - Pembiakan dan Pengurusan Tanaman ialah membawa sampel tanah yang telah diambil dan dikeringkan selama 1 hari daripada batas tanaman kami.
Pada hari Isnin (29/9/2018) kami diarahkan untuk pergi ke Makmal Tisu Kultur yang terletak di bangunan N30, UTM. Kami dimaklumkan bahawa kami akan melakukan sedikit ujian terhadap sampel yang telah kami bawa, untuk mengenal pasti sama ada tanah kami sesuai untuk digunakan bagi aktiviti penanaman mahupun tidak.
Terdapat tiga jenis ujian yang telah kami jalankan terhadap sampel tanah kami iaitu:
JOM KITA BUAT EKSPERIMEN KEDUA
Formula : Peratus pisahan = Ketinggian
lapisan pisahan (cm)
Tugasan kami untuk minggu ketiga bagi subjek SPPL 1212 - Pembiakan dan Pengurusan Tanaman ialah membawa sampel tanah yang telah diambil dan dikeringkan selama 1 hari daripada batas tanaman kami.
Pada hari Isnin (29/9/2018) kami diarahkan untuk pergi ke Makmal Tisu Kultur yang terletak di bangunan N30, UTM. Kami dimaklumkan bahawa kami akan melakukan sedikit ujian terhadap sampel yang telah kami bawa, untuk mengenal pasti sama ada tanah kami sesuai untuk digunakan bagi aktiviti penanaman mahupun tidak.
Terdapat tiga jenis ujian yang telah kami jalankan terhadap sampel tanah kami iaitu:
- Eksperimen menentukan tekstur tanah menggunakan cara medan;
- Eksperimen menentukan tekstur tanah menggunakan cara mendapan; dan
- Eksperiman membanding kadar pengaliran air menerusi tanah.
1. EKSPERIMEN/ AMALI MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MENGGUNAKAN CARA MEDAN
Bahan dan alatan :
Sampel tanah dan air.
Langkah – langkah:
1.
Lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah
dengan diameter 2 – 3 cm) diambil.
2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga
dapat dibentuk.
3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola , reben , rod atau gelang.
(seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ) 😄😄😄
3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola , reben , rod atau gelang.
(seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ) 😄😄😄
Setelah itu,pemerhatian dilakukan oleh 2 kumpulan yang berbeza iaitu Batas 9 dan Batas 10.
(Pemerhatian dibuat berdasarkan jadual di bawah)
PEMERHATIAN
|
Batas 9
|
Batas 10
|
·
Rod tidak dapat
dibentuk (tanah sangat berpasir)
|
||
·
Bebola dapat
dibentuk (pasir berloam)
|
/
|
/
|
·
Rod dapat dibentuk
(tanah loam)
|
/
|
/
|
·
Rod membentuk U
tetapi tidak dapat membentuk gelang (
loam tanah liat)
|
/
|
|
·
Gelang yang retak –
retak (tanah liat berpasir)
|
/
|
|
·
Gelang dapat
dibentuk (tanah liat)
|
/
|
Kesimpulan yang dapat dibuat melalui eksperimen ini adalah penentuan terhadap tahap kesuburan tanah boleh dilakukan dengan menentukan tekstur tanah menggunakan cara medan untuk mendapatkan hasil keputusan yang cepat.
JOM KITA BUAT EKSPERIMEN KEDUA
2. EKSPERIMEN/ AMALI MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MENGGUNAKAN CARA MENDAPAN
Bahan dan alatan : Sampel tanah , balang gas dan air.
Langkah – langkah:
- Masukkan 40 hingga 50 gram tanah ke dalam balang gas. Isikan 300 ml air ke dalam balang gas.
- Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran perlahan -lahan sehingga kumin tanah terpisah.
- Letakkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam) tanpa gangguan.
- Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
- Hitungkan peratusan pisahan tanah.
- Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterbeg.
KEPUTUSAN :
Ketinggian keseluruhan pisahan 3 cm
PISAHAN
|
KETINGGIAN (cm)
|
PERATUS (%)
|
Pasir
|
2.0
|
66.67
|
Kelodak
|
0.1
|
3.33
|
Tanah liat
|
0.5
|
16.67
|
Ketinggian semua lapisan (cm)
|
X 100
|
KESIMPULAN :
- Melalui eksperimen ini didapati bahawa keputusan tanah bagi kumpulan kami ialah SANDY LOAM.Selain itu,penentuan tekstur tanah dapat dijalankan dengan mengira tahap peratusan pisahan lapisan tanah menggunakan segi tiga tekstur.
!!! TERDAPAT JUGA RALAT BAGI KAEDAH INI !!!
EKSPERIMEN YANG KETIGA
3. EKSPERIMEN/ AMALI MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH
3. EKSPERIMEN/ AMALI MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH
Bahan dan alatan : Sampel tanah , bikar , corong luras , gentian kaca dan air suling.
Langkah – langkah :
- Keringkan sampel – sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih.
- Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.(Langkah keselamatan :Awas,jangan ambil gentian kaca dengan jari)
- Sukat tiga sampel 50 ml air suling dengan menggunakan bikar kecil.
- Dalam masa yang sama,tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.
- Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual.
KEPUTUSAN :(diambil daripada batas yang ada di ladang)
Batas
|
Isi padu air
selepas 10 minit (ml)
|
Pemerhatian (Tahap
ph tanah )
| |
Digital ph meter
(air)
|
Alat pengukur ph
tanah
| ||
Batas 1
|
30
|
6.41
|
6.0
|
Batas 2
|
38
|
5.97
|
4.9
|
Batas 3
|
40
|
5.85
|
5.1
|
Batas 4
|
35
|
6.1
|
4.2
|
Batas 5
|
25
|
6.06
|
4.9
|
Batas 6
|
35
|
6.14
|
4.9
|
Batas 7
|
30
|
5.7
|
4.9
|
Batas 8
|
30
|
5.5
|
6.4
|
Batas 9
|
40
|
6.6
|
6.2
|
Batas 10
|
39
|
6.44
|
6.0
|
Batas 11
|
40
|
6.18
|
6.1
|
KESIMPULAN :
- Melalui eksperimen ini didapati bahawa tanah berpasir membenarkan air mengalir dengan cepat dan pengaliran air lambat bagi tanah liat.Isipadu air selepas 10 minit menunjukkan pengaliran air bagi setiap batas adalah baik.
Comments
Post a Comment