Posts

Showing posts from September, 2018

ExPeRiMeNt WEEK

Image
Assalamualaikum.. Konichiwa... Tugasan kami untuk minggu ketiga bagi subjek SPPL 1212 - Pembiakan dan Pengurusan Tanaman ialah membawa sampel tanah yang telah diambil dan dikeringkan selama 1 hari daripada batas tanaman kami. Pada hari Isnin (29/9/2018) kami diarahkan untuk pergi ke Makmal Tisu Kultur yang terletak di bangunan N30, UTM. Kami dimaklumkan bahawa kami akan melakukan sedikit ujian terhadap sampel yang telah kami bawa, untuk mengenal pasti sama ada tanah kami sesuai untuk digunakan bagi aktiviti penanaman mahupun tidak. Terdapat tiga jenis ujian yang telah kami jalankan terhadap sampel tanah kami iaitu: Eksperimen menentukan tekstur tanah menggunakan cara medan ; Eksperimen menentukan tekstur tanah menggunakan cara mendapan ; dan Eksperiman membanding kadar pengaliran air menerusi tanah. 1. EKSPERIMEN/ AMALI MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MENGGUNAKAN CARA MEDAN Bahan dan alatan                   : Sampel tanah dan air. Langkah – langkah: 1. Lebih kurang 20g sa

MINGGU KEDUA 2

Image
Assalamualaikum...Holla...👋 Pada minggu kedua ini (16/9 - 22/9/2018) kami telah ditugaskan untuk membaja tanah yang telah kami gembur pada minggu lepas serta menyemai biji benih sayuran yang dibekalkan.  Antara kepentingan atau tujuan meletakkan baja pada tanah sebelum menanam sebarang tanaman adalah untuk membekalkan nutrien yang cukup buat tanaman agar tanaman dapat membesar dengan cepat dan mengeluarkan hasil yang banyak. Baja yang kami gunakan dalam membaja kami ialah baja organik mas hitam E.M. Baja organik mas hitam E.M. sangat sesuai bagi tanaman kontan hinggalah tanaman bermusim. Ianya juga menggunakan bahan tanpa kimia serta tidak berbau busuk. Baja yang digunakan untuk membaja tanah sebelum proses menyemai biji benih dilakukan. Antara nutrien penting yang terkandung dalam baja tersebut ialah nutrien nitrogen (N), fosforus (P) dan juga kalium (K). Setiap nutrien tersebut memainkan peranan yang berlainan bagi setiap aspek perkembangan tanaman. Nutrie

SI CANTIK MANIS

Image
Assalamualaikum. Before anything else, nak kenalkan empunya blog ini dahulu. Blog ini akan dikendalikan oleh empat orang Si Cantik Manis iaitu partner pertama ialah Nuraliyyah Ainah Sajani dan Nur Insyirah Ishak. Manakala partner kedua ialah Nurul Adibah Arbain dan Nurul Afiqah Kamarudin.  So untuk minggu pertama ini, kami telah diberikan tugasan untuk subjek ini di mana setiap partner telah diberikan satu lot tanah berukuran 5kaki persegi  x 10kaki persegi. Ini adalah untuk kami menanam satur-sayuran. Dalam minggu ini kami telah ditugaskan untuk menyiapkan batas di lot tanah masing-masing.  Sebelum memulakan aktiviti pembuatan batas, ukuran tanah terlebih dahulu haruslah dibuat. Kami harus memastikan lot tanah kami adalah tepat. Ye lah, nanti masuk tanah orang lain bergaduh pula kan. Hahahaha. Kan susah. So sebelum terjadi pergaduhan sebelum ini. ukurlah tanah.      Lepas dah ukur tanah barulah kami memulakan aktiviti penggemburan tanah. Bagi memudahka