PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/BULBS) & CANTUMAN BAJI
Assalamualaikum and Hello Everyone!!! Aktiviti yang telah dijalankan sewaktu kelas SPPL 1212 - Pembiakan & Pengurusan Tanaman pada minggu ke 7 (25/10/2018) ialah amali bagi pembiakan vegetatif (bebawang/bulbs) serta pembiakan tanaman secara cantuman baji. Seperti sedia maklum, terdapat dua jenis pembiakan bagi tanaman iaitu pembiakan secara seksual serta pembiakan secara aseksual. Pembiakan secara seksual ialah pembiakan yang melibatkan gamet jantan serta gamet betina, manakala pembiakan aseksual ialah pembiakan yang tidak melibatkan gamet jantan serta gamet betina. Pembiakan secara aseksual atau juga dikenali sebagai pembiakan tampang/vegetatif , melibatkan kaedah pembiakan semulajadi ( kaedah batang rayap/stolon, sulur, umbisi, bebawang, ruas/rizom, tuber dan rumpun ) dan kaedah pembiakan secara buatan ( keratan, cantuman dan lenturan/mengetut ). AMALI 1: PEMBIAKAN KAEDAH BEBAWANG/BULBS (POKOK BAKUNG/SPIDER LILY - Hymenocallis sp.) Pokok bunga bakung ( spi